Santan Perkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Dengan Ayam Percik Sempena Bulan Ramadan

Gaya HidupSantan Perkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Dengan Ayam Percik Sempena Bulan Ramadan

Rasanya pasti ramai yang rindu dengan keenakkan makanan yang disajikan setiap kali penerbangan AirAsia. Umum mengetahui, restoran Santan telah dibuka di sekitar Lembah Klang bagi memenuhi permintaan tinggi rakyat Malaysia.

Sempena bulan Ramadan, restoran Santan hadir dengan 2 menu istimewa iaitu Nasi Lemak Pak Nasser dengan Ayam Percik dan teh susu Thai. Bukan itu sahaja, Santan turut melancarkan 2 menu baharu untuk produk sedia dimakan iaitu Nasi Goreng Kampung dan Nasi Biryani Ayam.

Kami sudah mencuba menu Nasi Lemak Pak Nasser dengan ayam percik, teh susu Thai dan snek ringan berasaskan sayur-sayuran termasuk Samosa, EPIC Pandan ChickenSweet Potato BallPotato Cauli Bites dan Potato Curry Puff semalam.

Secara jujur, gabungan rasa kuah percik yang cukup pedas dan masin dimakan bersama menu best seller Nasi Lemak Pak Nasser memang satu gabungan sempurna. Rasa asli kuah percik akan membuatkan anda mengubat rasa rindu anda di kampung halaman.

photo_2021-04-13_15-35-24

photo_2021-04-13_15-35-28

Lebih nikmat jika anda nikmati hidangan Nasi Lemak Pak Nasser dengan ayam percik bersama teh susu Thai. Difahamkan, teh susu Thai ini dilancarkan khas untuk membawa deria rasa anda ke Thailand dengan kemanisan dan keharumannya. Memang nikmat makan ketika berbuka nanti!

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan menu terbaharu daripada restoran Santan ini hari ini. Lebih istimewa, pada jam 12 tengahari hingga 3 petang dan juga 6 petang hingga 9 malam, anda boleh nikmati hidangan ini dengan harga promosi serendah RM10.90 dan hanya berharga RM12.90 jika beli beserta teh susu Thai bermula hari ini. Selamat mencuba!

The Vocket

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis