Sanjeevan Akan Pulangkan Kembali Darjah DIMP Dan AMP

BeritaSanjeevan Akan Pulangkan Kembali Darjah DIMP Dan AMP

KUALA LUMPUR : Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan akan memulangkan balik Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran datuk.

Beliau berkata, permulangan darjah yang diterima pada 2014 itu akan dilakukan sebaik larangan rentas negeri akibat pandemik COVID-19 ditamatkan.

Selain DIMP, beliau juga akan turut memulangkan pingat Ahli Mangku Pahang yang diterima pada tahun 2014 walaupun tidak diminta berbuat demikian oleh pihak istana.

“Saya ambil ketetapan untuk memulangkan AMP tersebut kepada pihak Istana Pahang bersama-sama pingat DIMP saya,” katanya melalui akuan Twitter beliau di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau juga akan berhenti menggunakan gelaran datuk dalam sebarang urusan harian.

Semalam, kerajaan Pahang mengeluarkan kenyataan gelaran datuk yang dikurniakan kepada Sanjeevan ditarik balik serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, penarikan itu bagi menjunjung titah perintah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama ditarik balik dan dibatalkan serta merta.

“Darjah Kebesaran ditarik balik ialah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, berkuat kuasa pada 24 Ogos lalu.

“Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,,” katanya dalam kenyataan semalam. – MYNEWSHUB

Artikel sebelum iniBukan Segalanya Politik
Artikel seterusnyaMalaysia Dan Cukai Durian Runtuh

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis