Salah hanya fikirkan Liverpool

Gaya HidupSalah hanya fikirkan Liverpool

Salah hanya mahu memberikan tumpuan penuh membantu kejayaan pasukan.

PENYERANG berbisa Liverpool, Mohamed Salah menegaskan dia kini hanya memberikan tumpuan sepenuhnya membantu The Reds memenangi kejuaraan di sebalik sebarang kata putus mengenai kontraknya.

Sehingga kini pemain antarabangsa Mesir ini masih belum menandatangani lanjutan kontrak yang akan berakhir hujung musim 2022-23.

Ketika ini pemain berusia 29 tahun itu telah meledak sembilan gol pada sembilan penampilan pasukan pada musim ini yang membuktikan reputasinya selaku penyerang yang digeruni serta menjadi perhatian kelab-kelab lain.

Walaupun terdapat khabar angin beberapa pasukan lain terutamanya Real Madrid cuba membawa pemain ini namun baik Salah mahupun pengurusan masih belum mengeluarkan sebarang maklum balas.

“Saya gembira selagi pasukan terus menang dan akan berusaha, menjaringkan gol dan membantu pasukan menang, itu yang penting.

“Kami perlu sentiasa memberikan yang terbaik. Itulah yang kami perlukan, hanya memfokuskan untuk menamatkan musim ini dengan memenangi kejuaraan,” katanya ,” kata Salah kepada laman web Liverpool.

Liverpool akan meneruskan buruan kedudukan teratas Liga Perdana dengan menentang Watford, esok.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis