Sah UMNO putuskan hubungan dengan Bersatu dedah Hamzah Zainudin

PolitikSah UMNO putuskan hubungan dengan Bersatu dedah Hamzah Zainudin

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Khamis mengesahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghantar surat berhubung pendirian parti itu kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Biro Politik Bersatu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai perkara itu malam tadi yang dipengerusikan oleh Muhyiddin.

Surat yang dikeluarkan setelah mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Janda Baik, Pahang itu menyatakan bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan parti itu hanya akan bekerjasama dengan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

“Sehubungan itu, Biro Politik Bersatu mengambil ketetapan bahawa pendirian Bersatu akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Bersatu petang ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, perkara itu juga akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang bersama parti-parti komponen PN yang lain iaitu Pas, STAR, SAPP dan Gerakan.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis