Sabah FC rehatkan Kurniawan

Gaya HidupSabah FC rehatkan Kurniawan

Kurniawan direhatkan serta merta susulan prestasi mengecewakan pasukan.

SABAH FC mengambil keputusan drastik merehatkan Ketua Jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berkuatkuasa hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Pengurusnya, Marzuki Nasir berkata, dalam tempoh itu, Penolong Jurulatih, Burhan Ajui akan menggalas tugas buat sementara waktu manakala Jelius Ating dilantik sebagai Penolong Pengurus Sabah FC yang baharu.

“Kita yakin pengalaman yang dimiliki kedua-dua mereka ketika bersama-sama pasukan bola sepak Sabah sejak 2017.

“Ini sudah tentu akan dapat membantu skuad Badak dalam mengharungi baki perlawanan sekaligus terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan,” katanya menerusi kenyataan media dikeluarkan, sebentar tadi.

Burhan Ajui

Marzuki berkata, pihak pengurusan sangat kecewa dengan prestasi hambar Sabah FC selepas gagal mencatat sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir.

“Setakat ini semua kebajikan pemain serta pegawai pasukan sentiasa dijaga dan diberi perhatian sewajarnya oleh pihak pengurusan Sabah FC,” katanya.

Sabah FC berharap agar semua pihak khususnya penyokong sentiasa memberikan sokongan padu serta kepercayaan kepada pasukan sekaligus mengembalikan prestasi cemerlang mereka dalam tempoh terdekat.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis