RMK12 Akan Tetapkan Hala Tuju Ekonomi: Mustapa

BeritaRMK12 Akan Tetapkan Hala Tuju Ekonomi: Mustapa

KUALA LUMPUR – Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat tidak lama lagi, akan menetapkan hala tuju ekonomi negara untuk jangka sederhana dan jangka panjang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed yang diumumkan dalam barisan kabinet baharu pada Jumaat berkongsi penekanan mengenai RMK12 tersebut selepas pelantikan beliau.

“Negara menghadapi krisis akibat COVID-19 yang lebih meruncing dan masalah ekonomi yang menekan rakyat terutama golongan bawahan tetapi langkah yang diambil itu hanya kitaran semula menteri, yang tidak menunjukkan keupayaan menangani masalah ini secara berkesan.

“Apa yang kita harapkan sekarang adalah perubahan, tetapi ini tidak berlaku. Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) memberikan tempoh 100 hari untuk menteri menunjukkan prestasi, namun dalam satu setengah tahun yang lalu, tidak ada kemajuan yang membanggakan,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan melalui video di Facebook.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis