RM400 Juta Beli Bekalan Vaksin Tambahan

BeritaRM400 Juta Beli Bekalan Vaksin Tambahan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk menambah bekalan vaksin negara bagi mempercepatkan jadual pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selaras dana tambahan itu, Perdana Menteri berkata, jumlah bekalan vaksin yang ditempah Malaysia adalah mencukupi untuk menampung 130 peratus populasi rakyat, berbanding 120 peratus sebelum ini.

“Penambahan bekalan vaksin ini antara lainnya ialah sebagai stok penimbal tambahan dan bertujuan memulakan proses vaksinasi bagi 6.4 juta remaja berumur 12 hingga 18 tahun. 

“Anak-anak yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini akan diutamakan. Saya juga ingin tegaskan, kerajaan sedang memantau rapat dan membuat kawalan ketat berikutan penularan varian COVID-19 Delta Plus.

“Ini kerana ia menyebabkan beberapa negara kembali mencatatkan peningkatan jangkitan dan terpaksa melaksanakan semula perintah kawalan pergerakan,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis