RM314 Juta Dibelanjakan Untuk PICK

BeritaRM314 Juta Dibelanjakan Untuk PICK

PETALING JAYA – Sebanyak RM314 juta telah dibelanjakan untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat 30 Ogos.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, daripada nilai itu pecahan kategori perbelanjaan merangkumi empat perkara bagi kos pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Ia meliputi perbelanjaan sewaan dan utiliti, pembersihan dan sanitasi, perbelanjaan bagi perkakasan dan peralatan pakai habis serta kebajikan petugas PPV.

“Kerajaan telah mengimbangkan dua perkara penting iaitu sagu hati bagi sukarelawan dan petugas, kedua ialah memantapkan rangkaian integrasi data dan proses pemberian vaksin melalui PICK-19, ketiga pula meningkatkan pendaftaran rakyat untuk menerima vaksin,” katanya ketika di Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Adham berkata, sebanyak RM4.4 juta telah disalurkan oleh kerajaan untuk itu di mana selaras dengan prinsip untuk menjayakan program PICK-19.

Adham berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Pandan) yang meminta kos program vaksinasi diterangkan secara terperinci. – K! ONLINE

Mosti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis