Reezal Merican tinjau pusat kuarantin atlet

Gaya HidupReezal Merican tinjau pusat kuarantin atlet

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengadakan lawatan ke Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan hari ini bagi meninjau program latihan berpusat secara kuarantin untuk para atlet.

Lawatan ini bertujuan melihat persediaan terakhir para atlet yang akan menyertai temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang kini berbaki kurang daripada 50 hari dan kurang 80 hari untuk Paralimpik Tokyo 2020.

Jelasnya, berbaki masa dua bulan ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyusun semula program latihan berpusat secara kuarantin dan mewujudkan Pusat Kuarantin Kepada Atlet Negara Yang Pulang Dari Luar Negara di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan ini dalam mempersiapkan para atlet  ke kejohanan berkenaan.

“Untuk makluman, hanya kumpulan atlet yang mempunyai kelangsungan program latihan dan pertandingan yang penting sahaja iaitu untuk Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 akan ditempatkan di sini yang boleh menempatkan 36 orang atlet dan jurulatih pada satu-satu masa.

“Malah KBS melalui peranan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) akan mematuhi protokol pengurusan pusat kuarantin yang ditetapkan oleh NADMA malah menambahbaik lagi proses tersebut dengan memperkenalkan ujian saringan bagi memastikan atlet atau jurulatih yang menjalani proses kuarantin di sini bebas dari sebarang jangkitan malahan tidak ada ruang untuk menyebarkan sebarang jangkitan kepada pihak lain,” jelasnya.

Selain melaksanakan latihan berpusat, KBS turut menyediakan perkhidmatan sokongan sains dan perubatan sukan ISN secara sepenuh masa mengikut garis panduan MKN/ KKM/ NADMA bagi  mengawasi dan membantu program kecergasan dan latihan kendiri atlet-atlet yang dikuarantin.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis