“Ramai di antara kami tidak akan dapat peluang seperti ini lagi” – Kane

Gaya Hidup“Ramai di antara kami tidak akan dapat peluang seperti ini lagi” –...

Kane menyeru rakan-rakan sepasukan agar menggunakan peluang di pentas separuh akhir sebaik-baiknya.

HARRY Kane percaya England boleh mengambil langkah ke depan untuk meraih impian menjuarai Euro 2020 apabila mereka kembali ke Wembley bertemu Denmark di pentas separuh akhir Rabu ini.

Kapten The Three Lions itu menjaringkan dua gol dalam aksi kemenangan 4-0 ke atas Ukraine dalam saingan suku akhir di Rom yang menyaksikan mereka mara ke separuh akhir buat kali pertama dalam tempoh 25 tahun.

Skuad Gareth Southgate ini kembali ke England, beraksi di hadapan penyokong-penyokong sendiri, malah Kane menganggap ianya sebagai ‘majlis luar biasa’.

🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Two-goal England hero Harry Kane takes the plaudits after inspiring the Three Lions in Rome 🥇@Heineken | #EUROSOTM | #EURO2020 pic.twitter.com/Cc1Y1y2XUb

— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) July 3, 2021

“Kami tahu perlawanan bakal sukar. Tetapi kami sedar jika dapatkan dengan betul dan bermain dengan cara sendiri, pastinya ada peluang hebat untuk ke final.

“Ramai daripada kami sekarang tidak akan berpeluang lagi bermain dalam perlawanan besar seperti ini di Wembley. Jadi ini adalah peluang bagi kami untuk merebutnya dengan kedua-dua belah tangan. Kami perlu gembira berada dalam situasi ini.

Penyokong-penyokong England memenuhi stadium ketika aksi bertemu Jerman sebelum ini.

“Mengimbas kembali perlawanan bertemu Jerman, semangat kami sangat tinggi dan keadaan stadium yang penuh, jadi kami berharap akan menggunakan tenaga seperti itu sekali lagi ketika bertemu Denmark,” jelasnya.

England bakal melayan kunjungan Denmark di Stadium Wembley. Kedua-dua pasukan ini pernah bersemuka dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah 2020 dengan mencatat seri 0-0 pada September sebelum Denmark meraih kemenangan 1-0 di Wembley Oktober tahun lalu.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis