Ramadhan 2021: Geng Plastik Hitam Jangan Malukan Agama

Gaya HidupAgamaRamadhan 2021: Geng Plastik Hitam Jangan Malukan Agama

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak buat semua umat islam. Penuhi aktiviti Keagamaan disepanjang bulan yang mulia ini. Semoga Allah swt memberkati amalan kita semua.

Kepada Geng Plastik Hitam bawaklah bertaubat dan insafi diri anda dari meneruskan perkara yang tidak baik ini. Malulah kepada anak dan isteri kerana anda sebagai imam kepada mereka tetapi anda menunjukkan sikap yang tidak baik.

Usah terjebak dengan aktiviti yang memalukan pada bulan yang penuh keberkatan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin menegaskan, tindakan tidak bermaruah itu boleh menjatuhkan imej Islam pada pandangan orang ramai.

Beliau tidak mahu isu ‘geng plastik hitam’ kembali menjadi perhatian setiap kali bulan Ramadan tiba.

“Plastik hitam ini adalah satu kegiatan membeli makanan di bulan puasa, maksudnya yang tidak elok, untuk berbuka puasa dengan cara macam tu.

“Ini satu perbuatan yang memalukan, imej dia sebagai orang Islam, dan yang paling memalukan, dia memalukan Islam pada pandangan orang bukan Islam.

“Sebab, semua orang Islam berpuasa, jadi, dia secara tidak langsung telah menjatuhkan maruah orang Islam, menjatuhkan imej agama Islam,” tegas Mohd Yusop.

Beliau turut memberitahu, JAIPk telah mengenal pasti kedai-kedai yang menjadi tumpuan pihak terbabit khususnya di sekitar Ipoh.

Pada masa sama, Mohd Yusop memohon kerjasama para peniaga untuk tidak bersubahat dengan menjual makanan kepada mereka.

“Jadi, saya beri peringatanlah kepada mereka ini. Satu, bertaubatlah. Dan kepada para peniaga pun, boleh turut berperanan sebagai pendakwah untuk beri peringatan.

“Tanya, kenapa nak beli, untuk siapa? Jadi, di situ boleh memberikan peringatan, berperanan sebagai pendakwah untuk mengingatkan pengunjung-pengunjung yang membeli, yang mengambil plastik hitam ini.

“Kalau boleh, peniaga janganlah bersubahat,” katanya lagi.

Niat berpuasa Ramadhan untuk mereka yang terlupa sebagai rujukan 👇

 

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis