Raja-Raja Melayu Mesyuarat Jumaat Pilih PM

BeritaRaja-Raja Melayu Mesyuarat Jumaat Pilih PM

PETALING JAYA – Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu dijangka diadakan Jumaat ini di Istana Negara bagi membincangkan mengenai pemilihan calon Perdana Menteri (PM) yang mempunyai sokongan majoriti.

Memetik laporan sebuah akhbar, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka mendedahkan calon Perdana Menteri daripada pelbagai parti.

Buat masa ini, semua Ahli Parlimen diberikan masa sehingga pukul 4 petang hari ini untuk menyerahkan surat akaun bersumpah (SD) kepada Istana Negara mengenai calon Perdana Menteri disokong mereka.

Lantaran itu, mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang berjaya membuktikan sokongan majoriti SD bagi menterjemahkan sokongan kepadanya sebagai Perdana Menteri disifatkan mempunyai laluan cerah untuk memegang jawatan itu.

SD itu yang ditandatangani Ahli Dewan Rakyat akan menjadi dokumen sokongan dalam membantu Al Sultan Abdullah menentukan lantikan Perdana Menteri baharu.

Berdasarkan Perlembagaan, Al Sultan Abdullah akan melantik calon yang berjaya membuktikan sokongan majoriti dan ia selari dengan tindakan baginda meminta semua Ahli Parlimen mengemukakan surat SD sebelum pukul 4 petang hari ini. – K! ONLINE

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis