PSUAM Rayu Najib Diberi Pengampunan Diraja

BeritaPSUAM Rayu Najib Diberi Pengampunan Diraja

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) merayu kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) agar memberikan pengampunan diraja kepada Datuk Seri Najib tun Razak bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri Interim.

Pengerusinya, Syed Muhammad Imran S.N. Syed Abdul Aziz berkata, beliau berharap Seri Paduka Baginda memberi pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri Malaysia itu.

“Pengampunan ini umpama restu Baginda kepada Datuk Seri Najib untuk menjadi Perdana Menteri Interim.

“Pada pendapat saya, saya yakin jika Datuk Seri Najib kembali mentadbir, negara kita bukan sahaja bebas wabak Covid-19, tetapi ekonomi negara mencanak naik berdasarkan dua kriteria dimilikinya iaitu kepercayaan oleh Seri Paduka Baginda dan pengalaman beliau sebagai bekas Perdana Menteri dalam mentadbir negara,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan permohonan pengampunan diraja di Istana Negara di sini hari ini.

Tambahnya, Najib belum lagi disabitkan bersalah serta kebanyakan rakyat Malaysia ingin beliau kembali mentadbir negara.

“Oleh kerana itu, saya memohon mungkin di mata Seri Paduka Baginda jika ada kekhilafan yang berlaku ke atas Najib, saya memohon ia dapat dimaafkan.

“Kami memerlukan Perdana Menteri yang baharu sekarang. Jika Najib menjadi Perdana Menteri Interim dan keputusan rayuan mahkamah memihak kepada Najib, akan ada suara suara sumbang yang akan menyatakan Najib mencampuri urusan mahkamah, itu yang kita tidak mahu,” ujarnya.

Tegasnya, beliau mahukan Najib mentadbir negara secara baik dan aman tanpa ada ganggu gugat oleh sesiapa. – K! ONLINE

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis