PRU-15 Diadakan Selewat-Lewatnya Penghujung Julai 2022

BeritaPRU-15 Diadakan Selewat-Lewatnya Penghujung Julai 2022

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung Julai tahun hadapan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, beliau tidak berhasrat untuk terus berpaut pada dahan kuasa. 

Katanya, dalam keadaan ini, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai. 

“Justeru, bergantung kepada situasi pandemik, saya membuat akujanji bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Julai tahun hadapan,” katanya dalam ucapan khas hari ini. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis