Proton Perdana Terbalik Dirempuh ‘Lambo’ Hilang Kawalan

BeritaProton Perdana Terbalik Dirempuh ‘Lambo’ Hilang Kawalan

KUALA LUMPUR – Wanita berdepan detik cemas apabila kereta dipandu terbalik akibat dirempuh kereta mewah jenis Lamborghini yang hilang kawalan di Jalan Tun Razak, hari ini.

Dalam kejadian pada 8.40 pagi, pemandu Lamborghini berusia 42 tahun itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke Bulatan Pahang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, bagaimanapun setiba di Jalan Tun Razak, pemandu yang memandu dalam keadaan laju itu terkejut akibat berlaku kesesakan lalu lintas di jalan berkenaan.

“Akibatnya, kenderaan yang dipandu hilang kawalan sebelum merempuh beberapa kereta termasuk Proton Perdana yang dipandu seorang wanita berusia 53 tahun sehingga terbalik.

“Beberapa kenderaan lain turut dirempuh hingga menyebabkan berlaku kerosakan.

“Semua pemandu kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu hanya mengalami cedera ringan dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, saringan ujian air kencing dan alkohol yang dilakukan terhadap pemandu berkenaan mendapati dia negatif penggunaan bahan terlarang.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis