Projek Rintis Langkawi Penanda Aras Buka Sempadan Negara

BeritaProjek Rintis Langkawi Penanda Aras Buka Sempadan Negara

KOTA BHARU: Kerajaan akan menjadikan Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi sebagai penanda aras impak pandemik dan industri sebelum membuka sempadan negara kepada pelancong luar.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementerian perlu menilai prestasi program rintis di Pulau Langkawi dan mengambil pendekatan berhati-hati disebabkan masih banyak negara berdepan dengan gelombang keempat COVID-19 apabila sempadan dibuka.

“Kita tidak mahu menjadi seperti negara lain apabila penularan COVID-19 meningkat ketika kita baru hendak mengurangkan kes.

“Sebelum ini, kita hendak buka kepada negara lain, namun mereka pun berhati-hati dalam situasi penularan kes COVID-19 yang melanda seantaro dunia dan ada negara lain membuka sektor pelancongan, terpaksa ditutup semula.

“Buat masa ini, Pulau Langkawi dibuka kepada pelancong dari negara tertentu dan sebagai langkah pencegahan, mungkin kita perlu mengehadkan kemasukan pelancong asing bagi mencegah penularan wabak COVID-19,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya di Pengkalan Datu, di sini, hari ini.

Bermula 16 September lalu, Pulau Langkawi mula dibuka kepada pelancong domestik dan pada pertengahan November ini, Pulau Langkawi akan dibuka kepada pelancong dari semua negara.

Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 sebelum ini bersetuju dengan cadangan prosedur operasi standard (SOP) Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, projek rintis itu akan dijalankan selama tiga bulan bagi Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menilai keberkesanannya sebelum dilaksanakan di pulau peranginan serta kawasan pelancongan lain.

BHarian-

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis