Polis Siasat ‘Kenduri Durian’ Ahli Parlimen Batu Pahat

BeritaPolis Siasat ‘Kenduri Durian’ Ahli Parlimen Batu Pahat

BATU PAHAT – Polis membuka kertas siasatan terhadap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan video ‘kenduri durian’ tular hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya akan memanggil Ahli Parlimen Batu Pahat itu dan individu yang terbabit dalam video itu bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Polis juga menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohd Rashid ketika dihubungi berkata, video yang tular itu adalah video lama yang dirakam sebelum PKP dilaksanakan tahun lalu.

“Tiadalah, itu video lama. Saya ingat itu (video) tahun lepas punya sebelum PKP,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 13 saat majlis kenduri durian di sebuah kebun dipercayai di Batu Pahat dengan kehadiran individu didakwa sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis