Polis Akan Panggil Takiyuddin

BeritaPolis Akan Panggil Takiyuddin

PUTRAJAYA – Polis akan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata tindakan itu diambil susulan laporan terhadap Takiyuddin yang diterima polis.

“Sesiapa yang lakukan hasutan atau timbulkan perasaan kurang senang, bila ada aduan atau laporan yang diterima, polis akan siasat.

“Tiada darjat mengenai hal itu, semua yang ada laporan kita panggil untuk siasatan,” katanya dalam sidang media Rangkuman Operasi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Terdahulu, Pemuda Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap kenyataan Takiyuddin yang didakwa mempersenda Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah, sebelum ini menzahirkan pandangan persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi menangani COVID-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.

Takiyuddin ketika Bicara Harakah bertajuk ‘Proklamasi Darurat: Berjaya Atau Sebaliknya’ yang disiarkan secara maya malam kelmarin berkata, pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin tidak memperincikan bila ia perlu diadakan. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis