PM Baharu Masih Perlu Jalani Proses Undi Percaya – Agong

BeritaPM Baharu Masih Perlu Jalani Proses Undi Percaya – Agong

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya perdana menteri kesembilan yang dilantik perlu segera mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat bagi mengabsahkan jawatan beliau.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara, Datuk Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, Seri Paduka akan membuat pelantikan perdana menteri baharu mengikut Perkara 40 (2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan setelah meneliti surat akuan dipersembah oleh ahli-ahli Dewan Rakyat menyatakan siapa dalam kalangan mereka diberi kepercayaan untuk memegang jawatan tersebut.

Beliau berkata, surat akuan itu bertujuan membantu Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Seri Paduka mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat seperti yang duperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Perdana menteri yang telah dilantik oleh baginda menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat majoriti ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan itu.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan menerima menghadap ketua-ketua dan wakil parti-parti politik utama dalam negara di Istana Negara. – UTUSAN ONLINE

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis