Piala Uber: China kutip mata penuh 5-0 ke atas Malaysia

Gaya HidupPiala Uber: China kutip mata penuh 5-0 ke atas Malaysia

Aksi beregu wanita negara, Meng Yean-Thinaah ketika menentang pasangan China pada saingan Kumpulan D Piala Uber, Ahad malam. Foto: BAM

PERLAWANAN kedua aksi Kumpulan D Piala Uber menyaksikan pasukan Malaysia tewas 5-0 kepada China di Aarhus, Denmark malam ini.

Jika dilihat daripada keputusan sememangnya ia sesuatu yang mengecewakan, namun realiti sebenar perlawanan ini merupakan satu pengalaman penting kepada barisan pemain wanita negara.

Ini kerana, barisan pemain yang dihantar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tahun ini merupakan generasi baharu pemain badminton negara yang rata-ratanya masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah.

Pada aksi pertama menentang juara 14 kali Piala Uber ini, Eoon Qi Xuan tewas kepada Chen Yu Fei 13-21, 11-21.

Ia diikuti dengan gandingan beregu wanita negara Lee Meng Yean-M.Thinaah yang memberi aksi sukar kepada beregu China, Lui Xuan Xuan-Xia Yu Ting dengan keputusan 12-21, 17-21.

Perlawanan ketiga diikuti dengan pemain paling muda negara Siti Nurshuhaini Azman yang berusia 17 tahun menentang pemain berpengalaman He Bing Jiao, 8-21,3-21.

Gandingan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing tewas kepada Huang Dong Ping-Jia Yi Fan 9-21, 12-22 dalam tempoh 24 minit.

Manakala perlawanan terakhir menyaksikan K. Letshanaa tewas kepada Wang Zhi Yi dengan 15-21, 11-21 dalam tempoh 36 minit.

Biarpun tewas, rata-rata pemain negara mengakui pengalaman ini sangat bermakna buat mereka apabila pertama kali bermain dengan pemain-pemain China yang berada di ranking terbaik dunia.

Pasukan negara akan meneruskan perlawanan terakhir kumpulan bertemu Kanada pada Isnin.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis