Piala Asia B-23: Malaysia kekal dalam Kumpulan J

Gaya HidupPiala Asia B-23: Malaysia kekal dalam Kumpulan J

Oleh: JJFIRDAUS

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) baru selesai menjalankan undian semula untuk kempen kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun Uzbekistan 2022 selepas Korea Utara menarik diri daripada penyertaan ekoran sekatan perjalanan yang dikenakan negara itu.

Lapan pasukan dari Kumpulan G hingga J terpaksa dikeluarkan untuk undian semula bagi memastikan semua kumpulan mempunyai bilangan pasukan yang sama banyak sama ada empat atau tiga pasukan bagi setiap kumpulan.

China, Brunei Darussalam, Timor Leste, Filipina, Myanmar, Hong Kong, Malaysia dan Laos diletakkan di dalam satu balang sebelum satu pasukan diundi untuk diletakkan di dalam Kumpulan K bersama-sama Jepun dan Kemboja.

Menerusi undian semula itu, Hong Kong telah diundi dan bakal berkedudukan pertama dalam Kumpulan K sekaligus menyaksikan Kumpulan I kini hanya mempunyai tiga pasukan iaitu Vietnam dan Chinese Taipei.

Hasil undian ini juga menyaksikan Malaysia kekal dalam Kumpulan J dan bakal bertarung bersama Thailand, Laos dan Mongolia bagi merebut 16 tempat terbaik ke Uzbekistan.

Peringkat kelayakan ini bakal berlangsung pada 27 hingga 31 Oktober 2021 dengan Mongolia bakal menjadi tuan rumah.

Malaysia akan memulakan saingan bertemu Laos pada 27 Oktober sebelum bertemu Mongolia pada 29 Oktober sebelum berhadapan Thailand pada 31 Oktober.

Juara setiap kumpulan dan empat pasukan tempat kedua terbaik bakal mengiringi Uzbekistan untuk bersaing dalam Kejohanan Piala Asia B-23 yang akan diadakan pada 1 hingga 19 Jun 2022.

Untuk rekod, Malaysia mara ke suku akhir pada edisi 2018 namun gagal layak ke kejohanan 2020 dan kini anak buah Brad Maloney akan mencuba untuk layak ke peringkat akhir sekali lagi.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis