Petugas Media Terima Janji Temu Vaksin Minggu Pertama Jun

BeritaPetugas Media Terima Janji Temu Vaksin Minggu Pertama Jun

KUALA LUMPUR – Lebih 5,000 pengamal media daripada 144 agensi akan mula mendapat janji temu penerimaan vaksin COVID-19, bermula minggu pertama bulan depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, memaklumkan sudah memberikan kelulusan kepada sejumlah 5,867 nama petugas media yang diterimanya untuk diberikan vaksin secepat mungkin.

“Pengamal media akan mula mendapat janji temu pemberian vaksin COVID-19 bermula minggu pertama Jun.

“Saya sudah tandatangani senarai nama pengamal media sebentar tadi (sebagai kelulusan untuk diberikan vaksin secepat mungkin),” katanya pada sidang media secara maya, hari ini.

Selasa lalu, Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) memaklumkan akan memberi janji temu kepada 5,867 pengamal media secepat mungkin.

Ia selari keputusan melindungi petugas barisan hadapan dengan mendahulukan guru dan pengamal media.

Jumlah petugas media itu diperoleh daripada Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta persatuan wartawan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Mereka terdiri daripada semua petugas media pemegang Kad Perakuan Media JaPen yang aktif menjalankan kerja-kerja kewartawanan bagi tempoh dua tahun bermula 1 Mei 2019 hingga 30 April 2021. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis