Perak FC serius mahu bangkit, minta penyokong bersabar

Gaya HidupPerak FC serius mahu bangkit, minta penyokong bersabar

Foto: Perak FC

PENGURUSAN Perak FC tetap menaruh harapan tinggi untuk terus kekal berdaya saing dalam Liga Super biar pun dilanda krisis kewangan sejak awal musim ini.

Namun tempoh rehat panjang Liga Malaysia ini memberi ruang buat pengurusan The Bos Gaurus untuk kembali menperbaiki kelemahan yang timbul sebelum ini, ditambah pula dengan kehilangan enam tonggak utama mereka.

“Perak FC tidak melengahkan masa sebaliknya telah bertungkus-lumus bagi mendapatkan pemain-pemain demi keseimbangan dan memantapkan kekuatan pasukan sedia ada.

“Nama pemain-pemain baharu ini akan diumumkan secara rasmi sebaik sahaja mendapatkan kelulusan pendaftaran daripada pihak MFL (Liga Bolasepak Malaysia),” jelas satu kenyataan Perak FC.

Tambahnya, langkah serius yang diambil ini merupakan kelangsungan penstrukturan untuk terus kompetitif selain tidak mahu menghampakan peminat bola sepak Perak FC.

“Langkah-langkah penstrukturan semula ini berjaya melakukan penjimatan kos sekitar setengah juta sebulan dan ia amat penting bagi membantu pasukan mengatasi krisis kewangan untuk jangka masa pendek dan panjang.”

Dalam pada itu pengurusan Perak FC juga berharap semua penyokong terus bersabar dan meletakkan kepercayaan penuh kepada pihak pengurusan untuk melaksanakan proses dan peralihan ini.

Untuk rekod, Perak FC kehilangan pemain-pemain utama mereka termasuk Azri Ghani, Kenny Pallraj, J.Partiban yang berpindah ke Kuala Lumpur FC, Shahrul Saad dan Guilherme de Paula (JDT) serta Nazirul Naim ke Sabah FC.

Manakala dijangka lapan muka baharu yang akan membarisi skuad kendalian Chong Yee Fatt ini.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis