Perak FC bolos lima gol lagi, JDT menang tipis

Gaya HidupPerak FC bolos lima gol lagi, JDT menang tipis

Vitor meledak hatrik membantu kemenangan 5-3 pasukan ke atas Perak FC.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

TUGASAN pertama Shahril Nizam Khalil selaku pengendali sementara Perak FC dan ledakan hatrik penyerang, Nana Poku masih gagal membantu pasukan apabila kecundang 3-5 pada aksi di Stadium Perak sebentar tadi.

Shahril yang mengambil alih peranan dari  Chong Yee Fatt dikejutkan dengan gol awal hasil jaringan pemain pertahanan Penang FC, Rafael Vitor ketika baru memasuki minit pertama perlawanan.

Vitor yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Selangor FC sebelum ini terus mencipta nama selaku penjaring gol kedua buat dirinya dan peribadi selang tujuh minit kemudian.

Penyerang tuan rumah, Nana Poku berjaya merapatkan jurang dengan gol pertama pada minit ke 16 sebelum Casagrande meledak gol ketiga pada minit ke-21 dan Vitor meletakkan dirinya selaku penjaring hatrik dengan gol selang tujuh minit kemudian.

Nana Poku terus memberikan sinar dan keyakinan buat pasukan apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-36 untuk kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan 4-2 pada separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan corak permainan kemas tuan rumah dan mereka memperolehi sepakan penalti pada minit ke-58 yang juga disempurnakan Nana Poku untuk gol ketiga peribadi dan pasukan.

Keghairahan tuan rumah memburu gol keempat bagi menyamakan kedudukan akhirnya dihukum selepas Abdul Azim Rahim menjaringkan gol kelima Penang FC ketika berbaki dua minit masa perlawanan sebenar.

Gol awal hasil sepakan penalti disempurnakan Bergson memastikan tiga mata buat JDT.

GOL PENALTI AWAL KEJUTKAN SANG KANCIL

Pada aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka pula gol penalti awal yang dijaringkan penyerang prolifik JDT, Bergson Da Silva memastikan kemenangan tipis pelawat ke atas MUFC.

Corak permainan kemas dan berpasukan yang dipamerkan MUFC nyata berjaya memberikan tentangan sengit buat Harimau Selatan dengan permainan seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan selepas gol awal yang terhasil.

Usaha berterusan MUFC memburu gol penyamaan bagaimanapun tidak kesampaian apabila mereka terpaksa menerima kekalahan tipis 0-1 kepada JDT yang kini gah memimpin liga dengan kelebihan 11 mata selepas 17 perlawanan.

Shahrul Nazeem menjaringkan gol pertama membantu kemenangan 2-0 Selangor FC ketika berdepan UiTM FC.

GERGASI MERAH KUNING DIPAKSA KERJA KERAS

AKSI bersahaja yang dipamerkan Selangor FC ketika melayan kunjungan lawan setempat iaitu UiTM FC hampir membawa padah apabila diberikan tentangan sengit sebelum menang 2-0 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Gol pada setiap babak dihasilkan pertahanan tuan rumah, Shahrul Nazeem pada minit ke-27 dan Ifedayo selang 12 minit babak kedua bermula memastikan tiga mata penuh.

Mintah menjaringkan gol kemenangan TFC II menerusi sepakan penalti.

JORDAN MINTAH TERUS BERBISA

Bagi saingan Liga Premier pula hanya satu perlawanan berlangsung malam ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah , Kuala Terengganu yang mempertemukan Terengganu FC II dengan Sarawak United FC.

Penyerang import tuan rumah, Jordan Mintah terus menjadi penjaring buat pasukan menerusi jaringan tunggalnya pada minit ke-19 menerusi sepakan penalti memberikan tiga mata buat pasukan.

Tiga mata yang diraih TFC ini memastikan mereka memimpin Liga Premier dengan kelebihan dua mata berbanding Negeri Sembilan FC ditangga kedua selepas 14 perlawanan.

Keputusan penuh saingan Liga Super yang berlangsung malam ini.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis