Penulis Blog Perlu Berintegriti – Blogger

KolumnisDDIY PutraPenulis Blog Perlu Berintegriti - Blogger

Penulis blog perlu mengamalkan sifat integriti bagi memastikan hasil penulisan mereka sentiasa dihormati.

Seseorang penulis blog harus berani memperkenalkan dirinya kerana ia akan mempengaruhi kredibiliti karya yang disiarkan.

“Sesetengah blog ada wajah (maklumat penulis), ada juga yang tak ada wajah.

Seperti saya sendiri, saya perkenalkan siapa diri saya, latar belakang saya… ini penting supaya bila kita tulis ada integriti, orang tahu siapa kita.

Sya pemilik blog ‘Dunia Tiger’, amalan integriti juga menjadikan seseorang itu menulis berdasarkan fakta dan bukannya mengikut fantasi dan juga rekaan.

Kita kena tahu apa yang kita nak tulis, tulisan kita mestilah berdasarkan fakta dan pengetahuan kita.

Dengan cara ini secara tidak langsung pembaca akan menghormati tulisan kita.

Penulis blog juga sewajarnya meletakkan objektif terhadap penulisannya sama ada untuk menyampaikan kritikan mengenai sesuatu isu, menggembar-gemburkan isu ataupun berniat untuk melakukan pembohongan.

Saya tanya diri saya apa yang nak ditulis sama ada saya nak berbohong, nak tulis sesuatu yang realiti, ataupun saya nak gembar-gemburkan isu atau juga saya nak mengetengahkan fakta secara intelektual.

Seseorang penulis blog juga perlu meletakkan fokus mengenai sesuatu subjek yang ingin ditulis sama ada berkaitan isu politik, sosial atupun berkisar soal kehidupan peribadi.

Soal ini juga penting, takut nanti kita tak tahu hala tuju, inilah kadang-kadang jadi blog yang sekejap sejuk, sekejap panas.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis