Pendelela kongsi pengalaman pahit bekas jurulatih suka lawak lucah, kes rogol… KJ tampil bersuara

Gaya HidupPendelela kongsi pengalaman pahit bekas jurulatih suka lawak lucah, kes rogol… KJ...

Pandelela berkongsi pengalaman pahitnya berdepan dengan jurulatih yang suka membuat lawak lucah.

Oleh: SURYATI MOHD NOR

SEJAK beberapa hari lalu, isu ‘perbualan rogol’ melibatkan artis tanah air menjadi topik paling panas di media sosial.

Namun sedikit sebanyak isu tersebut turut tercalit dengan dunia sukan tanah air apabila hari ini ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong meluahkan pengalaman pahitnya berdepan dengan lawak lucah dan kes rogol melibatkan bekas jurulatihnya.

Altet kelahiran Sarawak berusia 28 tahun itu mendedahkan bahawa ketua jurulatihnya suka membuat lawak lucah.

“Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol.

Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol. #rapejokeisnotfunny

— Pandelela Rinong (@Pandelela_R) October 21, 2021

“Tapi paling sedih dalam 7 tahun tu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa, sebab backup besar dia adalah head coach kami sendiri.

Moral of the story, we need a good leader who can right what’s wrong instead of turning a blind eye to evil, and those abused must speak up please! Small voices still matter if we are united,” tulis Pandelela di Twitter rasminya.

Bagaimanapun, Pandelela mengakui atlet-atlet bertuah kerana mereka dilindungi dengan selamat oleh persatuan sukan, yang mengambil peduli tentang mereka.

We are very lucky that we are being protected safely by our sport association, who cares for us. Happy ending.

Ciapan Pandelela itu turut menarik perhatian bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Ciapan Pandelela itu mendapat lebih 10 ribu ‘retweets’ dan pelbagai komen daripada netizen.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis