Pemberian Vaksin Pelajar Sekolah Dimuktamad Khamis Ini

BeritaPemberian Vaksin Pelajar Sekolah Dimuktamad Khamis Ini

SEMPORNA – Keputusan mengenai pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada pelajar sekolah akan dimuktamadkan pada satu mesyuarat penyelarasan membabitkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan, Khamis ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, sebaik keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat itu, ia akan dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tindakan seterusnya.

“Saya ada mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan serta Menteri Kanan Pendidikan (Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin) bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan.

“Apa pun kita akan buat keputusan muktamad selepas mesyuarat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau program outreach suntikan vaksin Covid-19 kepada penduduk di Pulau Larapan dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, selain suntikan vaksin kepada pelajar sekolah, terdapat cadangan lain berkenaan pendidikan dan kesihatan ketika menghadapi cabaran Covid-19 yang akan dibincangkan pada mesyuarat itu. Bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut mengenai cadangan tersebut. – BERNAMA

Artikel sebelum iniLebih 40,000 Hilang Pekerjaan
Artikel seterusnya3 Fokus Utama Hishammuddin

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis