Pembentukan kerajaan baharu Perak tanpa PAS

PolitikPembentukan kerajaan baharu Perak tanpa PAS

PAS membuat ketetapan untuk tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri Perak yang baharu ekoran keputusan penolakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, bagaimanapun, berkata PAS akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional.

“PAS mengambil maklum keputusan usul undi percaya majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak terhadap Ahmad Faizal yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini di mana tiga Adun PAS menyokongnya (Ahmad Faizal).

“Sokongan itu selaras dengan pendirian yang dibuat oleh Lajnah (Biro) politik PAS pusat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal gagal memperoleh sokongan majoriti adun dalam usul undi percaya terhadap menteri besar yang dikemukakan pada persidangan DUN Perak hari ini.

Dalam undi sulit terhadap usul itu, Ahmad Faizal, yang juga Adun Chenderiang, hanya menerima 10 undi menyokong manakala 48 tidak menyokong dan satu berkecuali.

DUN Perak mempunyai 59 kerusi merangkumi 25 Adun BN yang kesemuanya daripada Umno, 16 daripada DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (5), Amanah (5), PKR (3), PAS (3), Gerakan dan Bebas masing-masing satu.

Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan menerusi hantaran Facebooknya berkata pimpinan parti itu akan membincangkan keputusan undi percaya yang tidak menyebelahi Ahmad Faizal terlebih dahulu sebelum sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan. — Bernama

Berkaitan

Komen

1 komen

  1. PAS ni apa PENDIRIAN diaorg sebenarnya???
    Disini sokong
    Disana sayang
    Disinun bangkang pula
    Cuba cerita yang sebenarnya?
    Dah mula tak faham PENDIRIAN PAS….
    Untuk Melayu Islam atau untuk kuasa?

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis