Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 Bermula 6 – 10 September

BeritaPembayaran Bantuan Khas Covid-19 Bermula 6 – 10 September

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri telah mengarahkan agar Bantuan Khas Covid-19 (BKC) diberikan segera kepada orang ramai bermula 6 September ini.

Fasa 1 pemberian itu kata beliau akan tamat pada 10 September melibatkan 10 juta penerima kategori miskin tegar, B40 dan M40.

“Oleh itu saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC.

“Hari ini (1 September), dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

“Saya sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19,” ujar beliau.

Kelayakkan menerima BKC menurut kenyataan beliau adalah seperti jadual di bawah:

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis