Pembangunan Semula Sektor Pelancongan

BeritaPembangunan Semula Sektor Pelancongan

GEORGE TOWN: Pembangunan semula sektor pelancongan negara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 antara yang akan diberi tumpuan khusus dalam Bajet 2022 akan datang.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, beliau optimis sektor berkenaan akan kembali pulih susulan kebenaran rentas yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, sektor berkenaan antara yang paling terkesan dan berdepan cabaran untuk memulakan semula operasi berikutan ia antara sektor terakhir yang dibuka kepada orang awam dalam pelan pemulihan negara.

“Cabaran yg mereka hadapi adalah cash flow (aliran tunai) kerana telah lama tidak beroperasi, itu salah satu fokus YAB Perdana Menteri telah sebut dalam ucapan sebelum ini.

“Jadi, bagaimana kita akan bantu sektor SME (perusahaan kecil dan sederhana) cari pembiayaan yang mudah bagi sektor paling terkesan seperti pelancongan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada ‘Program Dialog dan Konsultasi Bagi Aspek Warisan Serta Pelancongan’ yang disertai pemegang taruh sektor pelancongan di negeri berkenaan di sini pada Sabtu.

Katanya, sektor pelancongan wajar diberi perhatian dan peruntukkan yang secukupnya memandangkan ia merupakan aktiviti ekonomi.

Pada masa sama, Tengku Zafrul turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan mendengar keluhan dan cabaran dihadapi pemain industri terbabit di semua peringkat dan juga cadangan diutarakan mereka untuk mengatasinya secara komprehensif.

“Dalam perhatian kita, sektor ini (pelancongan) yang lambat pulih, oleh itu perbincangan dalam sesi libat urus tadi (beri) fokus lebih (kepada) bagaimana kerajaan dapat bantu pengusaha di sektor pelancongan untuk bangun semula terutama bila kita buka semula sektor industri ekonomi dan rentas negeri di mana pelancongan domestik boleh melancong semula.

“Dan tahun depan, pelancong dari negara lain boleh mula untuk melancong,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, sektor pelancongan yang berperanan sebagai penyumbang signifikan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga memerlukan pemerkasaan semula agar dapat bersaing dengan negara lain dalam menarik pelancong selepas sempadan negara dibuka kelak.

Terdahulu, beliau melakukan lawatan ke Pulau Pinang dalam rangka Jelajah Bajet 2022 bagi mengumpul maklum balas daripada pelbagai sektor.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis