Pemansuhan Faedah Moratorium Pinjaman Bukan Idea PM – PH

BeritaPemansuhan Faedah Moratorium Pinjaman Bukan Idea PM – PH

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mendakwa pengecualian bayaran faedah bagi moratorium pinjaman bank kepada kumpulan lima puluh peratus terbawah (B50) untuk tempoh tiga bulan adalah hasil Memorandum Persefahaman (MoU) antara pihak mereka dengan kerajaan.
Pihak itu kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mengiktiraf dasar itu adalah salah satu perkara yang terkandung di dalam MoU yang ditandatangani mereka.

“Malah pengecualian ini digambarkan sebagai idea kerajaan, walhal ia adalah pendirian konsisten PH yang dilaksanakan dalam semangat menunaikan perkara-perkara yang terkandung di dalam MoU (Perkara 1.7),” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Tambah kenyataan itu, perlaksanaan Perkara 1.7 merupakan satu kemenangan untuk rakyat.

“Tanpa pengiktirafan peranan MOU ini, ia mampu menjejaskan keyakinan kami terhadap keikhlasan pihak kerajaan untuk berpegang kepada semangat MOU ini, dan turut bercanggah dengan konsep “Keluarga Malaysia” yang berasaskan fakta dan data agar segala perancangan dapat diusahakan bersama dengan perpaduan rakyat,” katanya. – Mynewshub.TV

Baca: Adakah Malaysia Menuju Ke Arah Pemulihan Kewangan?
TWITTER MYNEWSHUB DI SINI

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis