Pekerja Tolak Vaksin Boleh Diambil Tindakan Bawah AKKP

BeritaPekerja Tolak Vaksin Boleh Diambil Tindakan Bawah AKKP

IPOH – Pekerja yang menolak pengambilan suntikan vaksin Covid-19 boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, meskipun tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan pengambilan vaksin, majikan masih boleh menggunakan undang-undang lain dari segi kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.

Katanya, apabila seseorang pekerja itu enggan divaksinasi, persekitaran tempat kerja boleh dianggap tidak selamat dan mengancam keselamatan pekerja lain.

“Memang belum ada peruntukan atau apa-apa akta tetapi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan masih boleh dikuatkuasakan.

“Saya rasa tidak perlu pertikai vaksin ini sebab semua rakyat perlu sedar yang kita mahu bebas daripada penularan wabak ini dan sama-sama berganding bahu (untuk capai imuniti kelompok),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan cek faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada balu pengawal keselamatan yang meninggal dunia selepas terlantar lapan bulan akibat diserang lelaki di rumahnya di Taman Buntong Ria di sini hari ini.

Mengulas lanjut Saravanan berkata, semua rakyat termasuk pekerja warga asing perlu menyokong pengambilan vaksin Covid-19 dalam membantu kerajaan mengekang penularan wabak berbahaya itu. – K! ONLINE

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis