PDRM Panggil Hasanah, 3 Pegawai SPRM Kes Hilang RM25 Juta

BeritaPDRM Panggil Hasanah, 3 Pegawai SPRM Kes Hilang RM25 Juta

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia akan memanggil tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sebelum ini direman enam hari oleh SPRM bagi melengkapkan siasatan berhubung kehilangan wang berjumlah AS$6 juta (RM25 juta).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya juga turut akan memanggil pemilik wang berkenaan, bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

“Kesemua mereka akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan dan dipanggil berdasarkan siasatan oleh pegawai penyiasat,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, PDRM membuka kertas siasatan berhubung satu laporan polis yang diterima berkaitan isu berkenaan.

Hamzah berkata, kertas siasatan dibuka di bawah klasifikasi Kertas Enkuiri Polis (KEP).

Pada Isnin, SPRM mengesahkan tiga pegawai kanannya direman selama enam hari bagi membantu siasatan terbabit dakwaan salah guna kuasa serta penyelewengan. -BERNAMA

kehilangan wang PDRM SPRM

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis