PDRM Hanya Uji Cuba 5 Kereta Mewah – Polis

BeritaPDRM Hanya Uji Cuba 5 Kereta Mewah – Polis

KUALA LUMPUR – Lima unit kenderaan jenis BMW dan Volkswagen yang diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, semalam, hanyalah untuk uji cuba atau ‘Peringkat Pembuktian Konsep’ (POC) sebelum sebarang keputusan pembelian dimuktamadkan.
Lima kenderaan model BMW M3 dan Volkswagen Tiguan itu adalah hanya untuk uji cuba selama dua minggu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata keputusan untuk mengguna pakai kenderaan itu belum dimuktamadkan.

“PDRM pada masa ini hanya menggunakan kereta berkenaan selama dua minggu sebagai percubaan tanpa sebarang apa-apa perjanjian.

“Tujuannya adalah untuk kita mendapat maklum balas sama ada kegunaan kenderaan ini sesuai atau tidak bagi sebarang penugasan dalam PDRM,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI

Acryl Sani, mengulas perkara itu susulan penyebaran gambar lima unit kenderaan mewah jenis BMW dan Volkswagen, yang sudah dilengkapi aksesori sebagai kenderaan pasukan polis.

Dalam perkembangan berkaitan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali, berkata dalam tempoh dua minggu ini kenderaan berkenaan akan digunakan oleh Jabatan KDNKA, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan cawangan pengiring.

“Ingin dijelaskan di sini, bahawa penggunaan kenderaan ini adalah sebagai uji cuba atau POC selama tempoh dua minggu yang ditawarkan oleh sebuah syarikat kepada PDRM dan tiada sebarang urusan pembelian dilakukan.

“Kita akan uji kenderaan ini sebelum sebarang keputusan untuk penggunaannya diputuskan oleh PDRM kelak dan bukannya dalam masa terdekat,” katanya.

Hazani berkata, PDRM juga sedia maklum tentang kekangan kewangan yang dialami oleh kerajaan semasa pandemik COVID-19 ini namun tawaran yang diberikan oleh syarikat berkenaan hanyalah untuk uji cuba.

Kredit: BH Online

BACA – Kisah Suraqah Dan Janji Rasulullah SAW

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis