Patut nenek di kampung selalu buat…

Gaya HidupPatut nenek di kampung selalu buat...

PASTI ramai daripada kita yang langsung tidak terfikir untuk menyimpan air basuhan beras, bukan? Nampaknya selepas ini situasi boleh berubah kerana air bekas cucian beras mempunyai kegunaan lain terutamanya pada tumbuhan di halaman rumah anda.

Ini kerana air cucian beras mampu menjadi bahan organik dan mengandungi protein, karbohidrat, lemak serta unsur-unsur zat perangsang bagi menguatkan tumbuhan.

Zat perangsang tumbuhan pada air beras mengandungi vitamin B1 atau thiamin yang dapat merangsang pertumbuhan tanaman, selain menjadikan ia lebih subur dan cepat berbunga.

Air basuhan beras bukan sahaja bermanfaat kepada tumbuhan tetapi menyuburkan tanah.

Bagi menambah ‘kekuatan’ air cucian beras pada tumbuhan, tambah sedikit gula dan peram air tersebut di dalam botol selama enam hari sebelum digunakan.

Namun, setiap pagi, tutup botol harus dibuka bagi membolehkan karbon monoksida yang terhasil dilepaskan hasil fermentasi air cucian itu.

Selain baik untuk tumbuhan, air cucian beras juga cukup baik dalam memperbaiki sifat fizik, kimia dan biologi tanah.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis