PAS DIMUSNAHKAN MELALUI PERIKATAN NASIONAL

UncategorizedPAS DIMUSNAHKAN MELALUI PERIKATAN NASIONAL

Sesebuah parti itu kukuh untuk dimusnahkan dari luar. Tetapi tidak mustahil ia boleh dimusnahkan dari dalam.

Itulah sebabnya musuh politik kepada kedua-dua parti ini menghantar Trojan Horse untuk membuat kerja memecah-belahkan dari dalam. Cengkaman dari dalam menjadikan dasar perjuangannya parti tidak lagi relevan.

๐——๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ต

Tidak ramai yang menyedari bagaimana dasar ini boleh menyebabkan perpecahan. Konsepnya mudah sahaja. Sebahagian pemimpin dalam sesebuah parti akan diberikan jawatan yang relevan manakala pemimpin utama parti tersebut tidak diberikan jawatan.

Akibatnya, para pemimpin yang berjawatan akan berpengaruh. Ia menjadikan akar umbi akan berpecah mengikut pemimpin yang berpengaruh dan sebahagian lagi kekal mengikut pemimpin utama parti.

Kaedah ini didapati telah berjaya meruntuhkan parti PKR pada era pemerintahan Pakatan Harapan apabila Azmin dilantik menjadi menteri kanan manakala pemimpin utama PKR tidak diberikan jawatan.

Kaedah yang sama telah berlaku di dalam PAS dan UMNO sekarang. Walaupun pemimpin utama PAS diberikan jawatan duta bertaraf menteri, namun ia tidak memberikan pengaruh yang ketara.

๐——๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฟ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜ƒ๐—ฎ๐—ป

Kumpulan yang masih menyokong pemimpin utama parti akan dipecahkan dengan cara menjadikan perjuangan asal parti tidak lagi nampak relevan.

Dalam PAS didapati terdapat kumpulan pro professional dan satu lagi kumpulan pro ulama. Pro professional ini diketuai oleh Geng C5. Pro ulama pula adalah cenderung kepada Tuan Guru.

Dalam banyak hal, berlaku percanggahan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin C5 dan Tuan Guru. Pemimpin C5 dilihat cenderung mendahului keputusan Majlis Syura Ulama. Contohnya keputusan untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) dan keputusan untuk memilih penggunaan logo PAS atau PN.

Dalam isu pendaftaran PN, para pemimpin Pro ulama tidak mengetahui akan hal ini. Begitu juga keputusan penggunaan logo pada PRU15 nanti apabila pemimpin Pro ulama memilih kekal menggunakan logo PAS manaka pemimpin C5 memilih menggunakan logo PN.

Berbalik kepada dasar perjuangannya PAS, pemesongan dasar ini dimanipulasi sepenuhnya oleh parti serpihan Amanah sebagai agenda untuk menyerang PAS.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, apa yang ada dalam PAS hanyalah sekumpulan individu yang menganut agama lebai dan bukannya agama yang dibawa Nabi Muhammad.

Ahli Parlimen Parit Raja itu mendakwa PAS tidak lagi relevan memperjuangkan agenda umat islam apabila bersama dengan PN. Mungkin ada usaha ke arah itu, namun ia bagaikan terhalang dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Isu penjualan arak bir di kedai runcit dan peningkatan cabutan judi, alasan yang diberikan hanya menyebabkan PAS dikecam oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Mat Sabu juga mendakawa PAS turut bersubahat dengan Bersatu menyekat kebebasan demokrasi. Selain itu penyokong UMNO melihat PAS bersekongkol dengan Bersatu melakukan kezaliman dan mencabul institusi kehakiman terhadap pemimpin mereka.

Seorang ahli PAS yang dikenali sebagai Asri Janggut menyelar PAS kerana tidak lagi perjuangkan agenda yang lantang diluangkan sebelum berkuasa. Selain RCI Tabung Haji yang menuntut siasatan dijalankan kerana punca aset umat islam dijual di bawah nilai, RCI kes Memali juga tidak mahu diadakan.

Dasar perjuangannya PAS berteraskan islam yang dirumuskan sebagai “keadilan sosial” tidak lagi menjadi relevan. Sesuatu parti yang sudah tidak lagi relevan, maka perlahan-lahan ia akan ditinggalkan.

๐—ฆ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฝ ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป

Kumpulan yang diberikan jawatan atau digelar “kluster kabinet” akan terus mendapat pengaruh yang besar di kalangan ahli.

Kumpulan ini akan diumpan agar memilih langkah yang akan memerangkap diri.

Kluster kabinet PAS diberikan naratif agar bersifat ingin “mengimbangi” kuasa UMNO. PAS akan digesa agar menuntut sebahagian kerusi UMNO untuk dibahagi sama rata. Manakala kerusi yang sedang dimiliki PAS hendaklah dipertahankan.

Keghairahan ditawarkan kerusi yang banyak ini menjadikan PAS terperangkap memilih untuk menyertai PN. Menyertai PN menyebabkan PAS terpecah melalui dasar pecah dan perintah serta agenda perjuangan parti dijadikan tidak relevan lagi.

#PPBMterdesak
#PNadalahPH
#memPHkanPN

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis