Parlimen Sedia Bersidang Semula – Azhar

BeritaParlimen Sedia Bersidang Semula – Azhar

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menegaskan bahawa Parlimen sedia untuk bersidang semula pada bila-bila masa selaras dengan Perintah Tetap Dewan Rakyat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Malah, beliau berkata, pendirian itu sudah berulang kali ditegaskan sebelum ini.

“Sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, tugas berperlembagaan dan komitmen saya terhadap demokrasi berparlimen tetap teguh.

“Saya tegaskan berulang kali sebelum ini Parlimen sedia untuk bersidang semula dari segala aspek,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah pada Rabu bertitah agar persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi menangani Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, perkara itu perlu dilaksanakan untuk membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.

Katanya, pandangan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda setelah memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari pelbagai agensi kerajaan. – Sinar Harian

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis