Pandora Papers: Anwar Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM

BeritaPandora Papers: Anwar Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap pendedahan Pandora Papers.

Anwar menjelaskan, pendedahan yang dibuat oleh beliau di Parlimen sejak 2012 harus segera disiasat dan beliau mengalu-alukan perkara itu dibuat oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berharap isu Pandora Papers tidak didiamkan begitu sahaja oleh kerajaan.

“Saya tidak ada masalah (untuk dipanggil SPRM). Saya boleh beri kerjasama tapi sebagaimana kita tahu kita mahu siasatan itu melibatkan agensi seperti Bank Negara Malaysia, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), SPRM dan PDRM (Polis Diraja Malaysia).

“Saya akan beri kerjasama apa yang saya ada tambahan yang lebih.

“Seperti yang kita tahu ia satu badan antarabangsa yang buat siasatan, sepatutnya SPRM menyegerakan kerana ini bukan benda baharu, kes ini keluar daripada badan integriti antarabangsa yang saya telah bongkar di Parlimen minta siasatan semenjak 2012 lagi,” katanya.

Pandora Papers: SPRM Kerjasama Dengan Bank Negara Lakukan Siasatan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Wisma SP Care dan majlis penghargaan barisan hadapan SP Care di Serendah, hari ini.

SPRM dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan suruhanjaya itu akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi berkaitan bagi menjalankan siasatan berhubung isu tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pendedahan Pandora Papers. – ASTRO AWANI

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis