OPPO Reno6 Pro+ 5G dikesan dalam Geekbench, dilengkapi Snapdragon 870

Gaya HidupOPPO Reno6 Pro+ 5G dikesan dalam Geekbench, dilengkapi Snapdragon 870

Siri telefon pintar OPPO Reno6 telah pun mendapat liputan meluas baru-baru ini, dengan pengiktirafan daripada TENAA dan 3C di China. Kini terdapat satu lagi varian utama untuk siri tersebut iaitu OPPO Reno6 Pro+ 5G dan spesifikasinya sudah pun disenaraikan dalam perkhidmatan penanda aras Geekbench.

OPPO Reno6 Pro+ 5G mempunyai nombor model PENM00 dan dijangka akan dilengkapi cipset Snapdragon 870, berdasarkan nama “kona” dalam seksyen Motherboard. Telefon tersebut mencapai markah 4,649 untuk markah teras tunggal dan 12,712 untuk markah multi-teras iaitu markah yang agak tinggi untuk telefon kelas pertengahan.

Spesifikasi OPPO Reno6 Pro+ 5G dalam Geekbench

Geekbench turut menyenaraikan RAM 12GB untuk telefon itu. Sebelum ini, Reno6 Pro+ 5G telah pun disenaraikan dalam beberapa laman web e-dagang China di mana ia mempunyai pilihan memori 12GB+256GB atau 8GB+128GB.

Reno6 Pro+ 5G dijangka akan dilengkapi skrin AMOLED Full HD+ 6.5 inci, pengimbas cap jari dalam skrin, bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 65W, kamera hadapan 32MP, kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX766, kamera ultra-lebar 16MP, kamera telefoto 13MP dan kamera makro 2MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO Reno6 Pro+ 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: My Smart Price

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis