Nyahwarta Hutan Simpan, Mustahil PH Selangor Tak Tahu

BeritaNyahwarta Hutan Simpan, Mustahil PH Selangor Tak Tahu

KUALA LUMPUR – UMNO mempersoal tindakan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) Selangor berhubung isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

Ketua Penerangannya, Shahril Sufian Hamdan berkata, keputusan nyahwarta status hutan simpan itu pada Mei lalu mustahil tidak diketahui parti komponen PH di Selangor.

Beliau berkata, ini kerana semua parti komponen PH mempunyai wakil masing-masing dalam Exco Kerajaan negeri Selangor.

“Saya ingin mengucapkan ‘syabas’ atas keprihatinan PH Selangor terutama Pengerusinya yang bermesyuarat bersama rakan komponen lain selepas beberapa hari membisu susulan terbongkarnya penyahwartaan HSKLU secara senyap-senyap pada Mei lalu.

“Dalam kenyataan dikeluarkan selepas mesyuarat itu, Pengerusi PH Selangor yang juga Menteri Besar Selangor berjanji membawa isu itu kepada ‘Menteri Besar Selangor’ serta barisan Exco Kerajaan Negeri. 

“Selepas kecoh, mereka sendiri acah-acah bantah keputusan dibuat, tiada mohon maaf, tiada mengaku terkhilaf,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Jumaat lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan membawa isu berkaitan penyahwartaan HSKLU) ke Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu ini.

MMKN pada 5 Mei lalu memutuskan kira-kira 536.70 hektar daripada keseluruhan kawasan HSKLU diluluskan untuk dinyahwarta mengikut Seksyen 12, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985 dan disahkan pada 19 Mei.

Keputusan MMKN itu menimbulkan bantahan dan tentangan banyak pihak kerana lokasi itu adalah salah satu hutan gambut terakhir di selatan Selangor. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis