Nak cantik tapi 5 kesalahan ini sering dilakukan si pemakai pendakap gigi

Gaya HidupNak cantik tapi 5 kesalahan ini sering dilakukan si pemakai pendakap gigi

PEMAKAIAN pendakap gigi dapat membantu memperbaiki susunan gigi yang tidak teratur. Bagaimanapun ramai yang melakukan pelbagai kesalahan dalam tempoh memakai pendakap gigi.

Kesalahan yang dilakukan itu bukan sahaja membuatkan pendakap gigi rosak malah melambatkan proses penyusunan gigi yang pada akhirnya menyebabkan pemakaian alat itu menjadi sia-sia.

Berikut adalah 5 kesalahan biasa sering dilakukan individu yang memakai pendakap gigi dan ia sepatutnya dihindari bagi memberi hasil maksimum.

1. Mengunyah gula-gula getah

Mengunyah gula-gula getah dan makan makanan bersifat melekit dapat merosakkan pendakap gigi. Ia boleh menyebabkan gula-gula getah melekat pada besi pendakap yang boleh mengakibatkan kuman dan bakteria.

2. Menggigit makanan keras

Menggigit makanan keras dapat membuatkan pendakap gigi longgar dan menyebabkan ia tidak dapat berfungsi secara maksimum. Oleh kerana itu, hindari makan makanan yang keras atau hancurkan makanan itu terlebih dahulu sebelum dimakan.

3. Lambat mengetatkan gigi

Pendakap gigi mesti diketatkan secara berkala dan kebiasaannya sekali dalam sebulan. Bagaimanapun, ramai yang mengabaikan perkara itu kerana merasakan ia tidak memberi kesan.

Sebenarnya melambatkan proses mengetatkan pendakap gigi boleh menyebabkan pergerakan gigi serta mendatangkan penyakit berkaitan mulut yang lain.

4. Doktor tidak bertauliah

Ramai yang memilih untuk memasang pendakap gigi menggunakan perkhidmatan doktor gigi tak bertauliah kerana ia lebih murah.

Pemakaian pendakap gigi bukan sahaja untuk meratakan gigi tetapi ia melibatkan banyak perkara lain seperti rahang dan wajah. Sekiranya ia tidak dipasang dengan betul, ia boleh menyebabkan bahaya.

5. Abaikan kebersihan mulut

Ada segelintir orang yang memakai pendakap gigi tidak menggosok gigi secara menyeluruh kerana bimbang rasa sakit atau melonggarkan pendakap gigi.

Sebaik-baiknya, gunakan berus gigi khusus yang dapat mencapai bahagian gigi yang tertutup dengan pendakap gigi. Pastikan celah-celah gigi turut dibersihkan agar karang gigi tidak dapat membiak dan menjadi tempat pengumpulan bakteria.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis