Najib Pertahankan Kabinet Baru

BeritaNajib Pertahankan Kabinet Baru

Betul! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan.

Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini.

Seolah-olah kebanyakan menteri dan timbalan menteri adalah orang yang sama dan ini adalah kabinet recycle.

Bagaimanapun, saya faham kenapa PM9 dan YDP Agong membuat keputusan berikut.

Agar mengelak perubahan terlalu besar dilakukan pada ketika tempoh kritikal ini.

Pun begitu, sebenarnya hampir separuh kementerian kerajaan telah bertukar pemimpin. Antaranya:

Luar NegaraKesihatan,PertahananSains, Teknologi dan InovasiPerumahan dan Kerajaan TempatanKomunikasi dan Multimedia.Wilayah PersekutuanTenaga dan Sumber Asli.Pembangunan Luar BandarBelia dan Sukan.Usahawan dan KoperasiSelain itu, menteri-menteri bagi agama, undang-undang dan Tugas-Tugas Khas Jabatan Perdana Menteri turut bertukar.

Tapi saya percaya bahawa dasar MKN bagi pengawalan Covid juga akan berubah sebab ketua MKN telah bertukar.

Dan jika ada yang masih mahu buka pintu belakang, ketua MKN baharu yang mempunyai hak serta kuasa bagi keputusan terakhir perlaksanaan dasar akan menghalangkan.

Jadi, harapan saya satu sahaja.

Bahawa kabinet hari ini PERLU berdasarkan hasil dan pencapaian.

Dan PM9 akan gugurkan menteri-menteri yang gagal membuktikan pencapaian serta kemampuan mereka selepas tempoh 100 hari yang diberi telah berlalu.

InsyaAllah, saya akan membantu seberapa yang mungkin dalam usaha memulihkan negara dari segi Covid, ekonomi dan kesejahteraan Rakyat.

Selamat bertugas.

The countdown to 100 days begins now.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis