Najib Jejak Kaki Ke PMO

BeritaNajib Jejak Kaki Ke PMO

PETALING JAYA – Pertemuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini adalah bagi membincangkan isu berkaitan hala tuju dan dasar negara.

Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, selain itu, perbincangan antara kedua-dua tokoh tersebut lebih menjurus kepada hal berkenaan penularan wabak Covid-19.

Namun katanya, pertemuan tersebut tidak menyentuh isu berkaitan politik terutama melibatkan UMNO.

“Pertemuan ini menunjukkan sikap  keterbukaan Ismail Sabri yang boleh menerima pandangan bekas Perdana Menteri yang pernah mentadbir negara.

“Malah pertemuan dua tokoh ini diharapkan mampu memberi kesan baik dan faedah kearah pemulihan negara dalam semua aspek sama ada ekonomi, sosial mahupun usaha memerangi Covid-19,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Dalam pada itu, Armand Azhar berkata, Ismail Sabri yang juga ahli Parlimen Bera dijangka mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam masa terdekat bagi membincangkan isu yang sama. – UTUSAN ONLINE

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis