Nafi Terbabit Kegiatan Seludup Keluar Nur Sajat

BeritaNafi Terbabit Kegiatan Seludup Keluar Nur Sajat

KANGAR – Seorang lelaki tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari ini bagi menafikan dakwaan dia terbabit dengan kegiatan menyeludup keluar usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat menggunakan laluan kereta api di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar.
Wan Azhar Harun, 51, yang bekerja sebagai penternak lembu itu tampil ditemani peguam, Zuhair Ahmad Zakuan kira-kira 1 tengah hari sebelum keluar 39 minit kemudian.

Zuhair yang ditemui pemberita berkata, tujuan anak guamnya tampil di IPD Kangar adalah untuk melakukan penafian.

“Anak guam saya datang ke sini untuk membuat penafian terhadap dakwaan aktiviti penyeludupan individu yang bernama Nur Sajat yang ditularkan dan dilaporkan dalam media pada waktu ini.

“Anak guam saya tidak terbabit sama sekali dalam hal ini dan tiada arahan tangkapan di keluarkan polis untuk menangkap anak guam saya,” katanya ketika ditemui di luar IPD Kangar di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya bagaimanapun tidak membuat laporan polis ketika hadir melakukan penafian berkenaan. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superitendan Mohd Anuar Jusoh mengesahkan penafian yang dilakukan oleh lelaki berkenaan. – myMetro Online

laluan kereta api Muhammad Sajjad Nur Sajat penyeludupan sempadan Malaysia-Thailand

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis