Mula tampak senyum di bibir

PolitikMula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya mereka, “Tuan yakin ke UMNO akan menang?”

Bagi saya yang penting sekarang ialah usaha-usaha memperbetulkan UMNO dari dalam. Nampaknya UMNO sudah kembali ke landasan yang betul. DSN diterima rakyat. Ahli UMNO juga sudah boleh menerima DSZH sebagai peneraju.

Penyokong Tok Mat yang mahukan Tok Mat menggantikan DS Zahid juga sudah tidak banyak bunyi, malahan Tok Mat sendiri sudah melafazkan kesetiaannya pada Presiden UMNO.

DS Ahmad Maslan setakat ini dapat menjalankan tugasan sebagai SUA UMNO dengan baik, menggantikan TS Annuar Musa yang banyak mencelarukan parti keramat ini.

Yang lain-lainnya seperti Ketua Pemuda dan Ketua Penerangan masih banyak perlu belajar namun kita faham kerana mereka belum cukup tinggi ilmunya dalam dunia politik.

Keseluruhannya saya sudah semakin yakin bahawa UMNO boleh bergerak sendiri jika itu pilihannya menghadapi pilihanraya. Apa pun PAS nampaknya sudah boleh membezakan mana kaca dan mana permata bila membandingkan antara UMNO dan Bersatu.

“APAKAH UMNO SUDAH BERSIH?”, tanya mereka.

Bagi saya UMNO masih tetap UMNO. Masih banyak yang perlu dilakukan untuk jadi bersih. Budaya lama yang mencalarkan nama UMNO masih lagi menjalar.

Di peringkat Bahagian contohnya, budaya tikam menikam masih berlaku. Begitu juga di peringkat Pusat, masih ada yang memasang ‘jerangkap samar’ milik parti musuh yang menanti mangsa.

Saya pasti DSZH sedar tentang ini. Beliau ada menyuarakan tentang perangkap-perangkap yang dipasang oleh musuh-musuh dan juga broker- broker dalaman.

Apa pun saya sudah dapat lihat bahawa DSZH tidak lagi mahu berdiam diri. Beliau pasti akan bertindak bila tiba waktunya.

Beliau bersetuju dengan pendapat saya iaitu akan ada lagi taburan fitnah terhadapnya menjelang PRU-15. Oleh itu satu badan khas perlu segera dibentuk bagi menangani serangan dari musuh-musuhnya.

Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. Pengalaman pahit yang dilalui oleh DS Najib tidak perlu dibiarkan berulang. Kita tahu bahawa pihak musuh UMNO akan menggunakan modus operandi yang sama iaitu mematikan UMNO dengan pelbagai fitnah terhadap Presiden parti. Kita juga tidak nafikan bahawa akan ada musuh-musuh dalaman akan bekerjasama dengan musuh nyata UMNO dengan menikam UMNO dari dalam.

Bersiap-siagalah dari sekarang. Itulah yang kami suarakan. Itulah yang perlu dilakukan. Kita bukan sekadar mahu menepis segala fitnah dan persepsi buruk yang sedang dan bakal ditaburkan, kita juga perlu mengenal pasti dan mencantasnya sebelum ianya tumbuh dan menular.

Kali ini kita jaga UMNO betul-betul. Kami dari NGO dan para aktivis yang bersama-sama menyerang dan menumbangkan kerajaan PH sedia menghulurkan tangan.

KITA JAGA PRESIDEN UMNO KITA.

Oleh: RAJA ANNUAR ADNAN

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis