MUFC kini tampil dengan prestasi berbeza

Gaya HidupMUFC kini tampil dengan prestasi berbeza

Barisan pemain MUFC menjalani latihan menjelang aksi menentang KL City FC, malam esok.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

MELAKA United FC (MUFC) antara pasukan yang dilihat tampil dengan prestasi berbeza selepas saingan Liga Malaysia 2021 yang berehat hampir dua bulan setengah kembali bersambung bermula 24 Julai lalu.

Anak didik Zainal Abidin Hassan ini tampil dengan aksi yang lebih menyakinkan apabila berjaya bangkit meraih keputusan seri menentang Sri Pahang FC, Ahad lalu sebelum melakar kejutan menewaskan Terengganu FC, 2-0 yang disebut-sebut pencabar kejuaraan musim ini.

Kemasukan dua pemain import baharu dari Brazil, Giovane Gomes da Silva dan Adriano Aperecido Narcizo pada jendela perpindahan kedua sebelum ini nyata merubah corak permainan skuad Sang Kancil ini.

Kehadiran pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Gary Steven Gobbat secara pinjaman dalam skuad MUFC dan aksi konsisten disajikan Sony Norde juga memberikan impak ketara khususnya dibahagian tengah untuk menyusun strategi memecah benteng lawan.

Lantas pertembungan menentang Kuala Lumpur City FC malam esok di Stadium KLFA Cheras pastinya pentas terbaik pelawat untuk terus melakarkan keputusan positif dalam usaha meloloskan diri dari zon penyingkiran.

Gandingan dan keserasian tiga pemain import MUFC nyata memberikan impak pada pasukan.

Bagi ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan dia melihat masih terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki selain tetap mengingatkan pemainnya perjalanan mereka untuk kekal di Liga Super masih belum berakhir.

“ Kemenangan ini sangat bermakna kerana kami dapat memperbaiki kedudukan dan terima kasih kepada pemain yang berjaya jalankan tanggungjawab dengan baik.

“ Apa kebaikan yang sedang nampak sekarang ini ialah pemain-pemain sudah semakin banyak membantu antara satu sama lain dan pasukan Melaka semakin ada corak permainan tersendiri yang saya mahukan, ” jelasnya ketika mengulas aksi pasukannya menewaskan TFC, Rabu lalu.

MUFC ketika ini berada dikedudukan  ditangga ke sembilan liga dengan mengumpul 15 mata hasil empat kemenangan, enam seri dan lima kekalahan.

Tiga mata yang bakal diraih malam esok pastinya akan merubah kedudukan MUFC.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis