MR D.I.Y. “Malaysia’s Best Managed Companies Awards”

BeritaMR D.I.Y. “Malaysia’s Best Managed Companies Awards”

KUALA LUMPUR – MR D.I.Y. Group (M) Berhad (“MR D.I.Y.”), peruncit perkakas rumah yang terbesar di Malaysia telah dipilih sebagai salah satu daripada empat penerima anugerah “Malaysia’s Best Managed Companies Awards” yang diadakan buat pertama kalinya.

Anugerah “Malaysia’s Best Managed Companies” yang dianjurkan oleh Deloitte Private mengiktiraf syarikat-syarikat swasta tempatan yang terbaik dengan hasil tahunan melebihi USD25 juta untuk kecemerlangan organisasi serta sumbangan mereka dalam industri masing-masing dan kepada ekonomi negara.

Mengulas tentang anugerah tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y. Group Berhad, Adrian Ong berkata syarikat tersebut terharu dengan pengiktirafan tersebut.

“MR D.I.Y. adalah sebuah jenama yang berasal dari Malaysia; kami baru berusia 16 tahun. Untuk menerima pengiktirafan ini bersama syarikat-syarikat yang dihormati dan jenama-jenama yang terkenal adalah satu penghormatan yang amat besar buat kami,” kata beliau.

Beliau berkata pengiktirafan tersebut tidak mungkin dapat dicapai tanpa dua kumpulan yang amat penting buat jenama tersebut.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tenaga kerja MR D.I.Y. yang berdiri teguh dengan 12,000 kakitangan yang telah bertungkus lumus dalam memenuhi janji MR D.I.Y. untuk menawarkan produk-produk yang berpatutan di lokasi-lokasi yang mudah dikunjungi.

“Mereka bukan sahaja memastikan operasi kami sentiasa lancar dan efisien, tetapi juga menyokong pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang kami jalankan.

“Saya amat berbangga dengan segala usaha mereka, dan saya gembira untuk menerima anugerah ini bagi pihak mereka.”

Beliau juga menyatakan bahawa kejayaan syarikat itu adalah disebabkan para pelanggan yang setia menyokong jenama tersebut.

“Kami bermula pada tahun 2005 sebagai sebuah perusahaan. Kini, kami mempunyai 827 buah cawangan di seluruh negara, kerana hasil sokongan yang tidak berbelah bagi oleh para pelanggan kami.

“Anugerah ini membuktikan kesungguhan kami dalam menyampaikan barangan keperluan harian, pada harga yang “Always Low Prices”, dan ini sememangnya cara yang amat bermakna untuk kami terus berkhidmat buat para pelanggan.

“Kami akan berusaha sedaya upaya untuk kekal relevan kepada rakyat dan menyampaikan nilai yang terbaik,” tambah Ong.

Ong berterima kasih kepada pengurusan Deloitte kerana membawakan anugerah tersebut ke Malaysia kerana ia akan terus memberi inspirasi kepada jenama-jenama di Malaysia untuk berusaha mencapai standard global.

“Malaysia’s Best Managed Companies Awards” yang pertama oleh Deloitte Private itu merupakan sebahagian daripada program anugerah “Best Managed Companies” yang dianjurkan oleh Deloitte di peringkat global.

Ia menggunakan proses penilaian yang terbukti untuk menilai kualiti pengurusan perniagaan dari pelbagai segi termasuk strategi, keupayaan dan inovasi, budaya dan komitmen, serta tadbir urus dan kewangan.

Penilaian anugerah-anugerah tersebut adalah berdasarkan amalan yang telah dipraktikkan selama lebih 25 tahun di 37 buah negara di seluruh dunia.

Sebuah panel juri bebas yang terdiri daripada perwakilan perniagaan dan ahli akademik telah memilih para pemenang berdasarkan praktis terbaik “Best Managed Companies”.

Tahun ini, ia terdiri daripada Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Pengerusi Ibn Sina untuk Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; Datuk Seri Dr. Michael Yam, Pengerusi, InvestKL Corporation; dan Jordy Cao, Pengurus Besar, Alibaba Cloud Malaysia.

Syarikat-syarikat yang layak memenangi anugerah ini telah disenarai pendek dan menjalani proses pemilihan yang bebas dan teliti.

Ini termasuklah analisa ke atas strategi dan operasi perniagaan, perbandingan dengan tanda aras rangka kerja penilaian standard global yang diamalkan oleh komuniti yang terdiri daripada 1,000 syarikat swasta dengan pengurusan terbaik di seluruh dunia.

Pemimpin-pemimpin perniagaan kemudian menggunakan proses tersebut untuk memperkemas strategi mereka dan memperoleh maklumat berharga untuk membantu mereka menetapkan unjuran bagi mengoptimumkan pertumbuhan perniagaan.

Para pemenang akan menyertai komuniti “Best Managed” yang terdiri daripada 1,000 syarikat yang telah memperoleh anugerah kecemerlangan perniagaan ini. Dengan menyertai kumpulan elit ini, ia sekaligus menaikkan kedudukan jenama, meningkatkan kebolehlihatan pasaran dan kredibiliti mereka dalam industri.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y., www.mrdiy.com, platform e-dagang, www.mrdiy.com.my, dan saluran media sosialnya di Facebook dan Instagram.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis