Mourinho sarankan England ubah formasi

Gaya HidupMourinho sarankan England ubah formasi

England players celebrate after scoring the opening goal during the Euro 2020 soccer championship group D match between Czech Republic and England at Wembley stadium in London, Tuesday, June 22, 2021. (AP Photo/Frank Augstein, Pool)

JOSE Mourinho memberi pandangannya supaya England menukar formasi menjelang aksi sukar Pusingan 16 EURO 2020 berdepan Jerman pada 30 Jun ini.

Bekas pengurus Tottenham Hotspur itu mencadangkan trio Three Lions iaitu John Stones, Tyrone Mings dan Harry Maguire digunakapakai bagi pertemuan di Wembley.

Pertandingan ini bakal menyajikan dua taktikal yang menarik antara Gareth Southgate dengan Joachim Loew. Southgate sebelumnya sempat menggunakan tiga pemain pertahanan dan kini menggunakan formasi 4-2-3-1 pada saingan peringkat kumpulan.

Berbeza dengan Loew yang mencuba formasi 4-2-3-1 atau 4-3-3 dan kini mengggunakan formasi 3-4-2-1 serta menaruh kepercayaan kepada  khidmat dua bek sayap Robin Gosens dan Joshua Kimmich.

“Saya perlu mengatakan ketika anda memiliki opsyen untuk memanggil 26 pemain. Anda harus mengambil risiko dengan melakukan perjudian memanggil pemain yang sedang cedera jika pemain itu boleh memberikan impak.

“Maguire adalah salah satu pemain itu. Dia percaya diri, dia tenang dan cerdas (ketika melawan Republik Czech).

“Dia membaca permainan dengan baik dan miliki persefahaman yang baik dengan Stones. Mings juga melakukan pekerjaan yang fantastik,” ujar Mourinho dipetik dari Talksport.

Perlawanan suku akhir menentang Sweden atau Ukraine akan menanti pasukan Southgate di Rome jika mereka mengalahkan Jerman di gelanggang sendiri, dengan perlawanan separuh akhir di Wembley – mungkin menentang Wales jika mereka mampu mara sejauh ini.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis