MKT UMNO Bersidang Secara Maya Esok – Sumber

BeritaMKT UMNO Bersidang Secara Maya Esok – Sumber

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijadualkan mengadakan mesyuarat pada Rabu ketika khabar angin parti itu mahu meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin kuat bertiup.

Mesyuarat yang akan diadakan secara maya itu dijangka memberi tumpuan kepada usaha-usaha membawa keluar UMNO dari PN bagi membolehkan sebuah kerajaan baharu dibentuk.

Sebelum ini dilaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan dengan Ahli MKT UMNO bagi mendapatkan sokongan untuk keluar dari kerajaan sedia ada.

Zahid dilaporkan bertemu seorang demi seorang dengan Ahli MKT UMNO minggu lalu bagi mendapatkan tanda tangan surat menyokong keputusan meninggalkan PN secepat mungkin.

Malam tadi, Zahid telah mengadakan pertemuan dengan 37 Ahli Parlimen UMNO bagi memujuk mereka meninggalkan PN namun usahanya dilaporkan menemui kegagalan.

Pertemuan yang berlangsung di Wisma Perwira itu turut dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan,

SuaraTV melaporkan 31 dari 38 Ahli Parlimen UMNO sebaliknya menasihatkan Zahid agar menghentikan sebarang usaha memaksa mereka keluar dari kerajaan sebelum masa yang sesuai untuk Pilihan Raya Umum (PRU).

Sebaliknya, salah seorang pemimpin kanan UMNO telah memaklumkan kepada Zahid dan Mohamad bahawa 35 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah sebulat suara mahu salah seorang daripada mereka dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen UMNO memberi gambaran mereka telah memaklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri dan berharap Majlis Tertinggi UMNO menyokong pelantikan tersebut.

“Kami telah berbincang dengan pihak Perdana Menteri bagi perubahan dalam kerajaan sekiranya diperlukan dan kami berharap Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO mengiktiraf pelantikan TPM dari UMNO dalam kalangan Ahli Parlimen sedia ada,” kata pemimpin kanan UMNO itu.

Dalam pertemuan itu juga, dilaporkan salah seorang Ahli Parlimen UMNO menyifatkan sebarang usaha mewujudkan ketidakstabilan politik ketika ini akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Ahli Parlimen itu juga mahu perkara tersebut disampaikan dalam mesyuarat MKT UMNO malam esok.

“Jika kita keluar kerajaan, kemungkinan kerajaan ini akan jatuh. Apa selepas itu? Mengadakan PRU sebelum kekebalan kelompok dicapai adalah sesutu kerja gila.

“Lebih gila keluar kerajaan menjadi second fiddle kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” kata Ahli Parlimen yang tidak didedahkan identitinya.

SuaraTV juga melaporkan, dalam pertemuan malam tadi, Zahid mengakui rakaman audio perbualan dengan Anwar Ibrahim selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 Mac lalu adalah tulen namun menegaskan tindakan itu tidak melanggar disiplin parti. – Astro AWANI

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis