Mesyuarat Khas Parlimen Bermula 26 Julai Ini

BeritaMesyuarat Khas Parlimen Bermula 26 Julai Ini

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat dan tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos 2021 bagi Dewan Negara.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

“Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

“Mesyuarat ini akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM),” kata kenyataan itu.

Menurutnya, Nota Jemaah Menteri diedar secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis